Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘kahwin’

Wah korang, tak lama lagi ulang tahun perkahwinan saya yang pertama! Waaaa..cepatnyer! Kejup sungguh masa berlalu…dengan tibanya 03.08.09 Maka genapla setahun kami berkahwin (*cewaahhhhhh)! Macam tak percaya je. Rasa mcm baru sangat kahwin. Hagaknyer sbb jumpa sekali seminggu kot. Bagus jugak duduk jauh2 nie. Selalu terasa baru! Orang lain jumpa hari2, mcm kami nie jumpa 2hari je dalam seminggu. Tapi ader jugak orang lain yg jumpa sebulan sekali! Lagi dasat tuh…

Apakah sambutan yang akan kuterima? Adakah saya akan dibawa candle light dinner oleh darling dear? orrr…adakah saya akan dapat hadiah special dari si die? or adakah saya akan dibawa bercuti kemana-mana? (*eeeiiiii tak sabarnyerrrrrr!) —> wahai en suami, adakah kamu membaca post ini? :p

Tapiii….apa pulak yang saya nak buat nie untuk suprisekan my darling dear? Alamak..buntu! buntu! Now I ask you my beloved reader, what can i do or give to surprise him? Tinggal beberapa hari je lagi. Alamak kad tak cari lagi…hadiah tak beli lagi…camne nieh…haih!!

Read Full Post »

Malam yang sunyi terkenang pulak zaman-zaman bujang. wahhh tetiba sesi Flashback! Teringat pulak camne boleh tergerak hati nak kawen. Ada yang tanyer i camne u tau u dah sampai seru nak kahwen? Ada tak simpton2 yang obviously menunjukkan yg i nak kawen? Hmmmm…Berikut adalah tanda-tanda @ simptom-simptom anda sudah hampir sampai seruan untuk kahwin.. its look like a joke, but believe me.. u’ll know its true at certain degree.. 🙂 Taken from a blog.. 🙂

1. anda start beli majalah yang berunsurkan ‘isu-isu perkahwinan’..

obviously yes! for me..antara contohnya, Pengantin, Brides etc.. lepas itu anda asyik baca saja kisah-kisah majlis perkahwinan yang difeaturekan kat ruang ‘memori’ tu dengan harapan.. “Kan best kalau majlis perkahwinan aku nanti semeriah mereka ini…” Beb, kalau kaya, ada duit, apa-apa pun boleh jadi lah.. No money no talk.. So better keep your money from now onwards if u want your wedding to be grand..

2. anda suka tengok kedai jual brg kawin..

Bila lalu depan kedai jual brg hantaran.. Mata anda asik tertumpu saja kat bunga telur, bekas hantaran, cenderahati etc… lepas itu berangan seorang-seorang konon nak warna biru lah, pink lah, purple lah untuk hantaran nanti.. lepas itu dah fikir nanti nak beri berapa dulang kat pihak lelaki.. Then, nak hantaran apa.. kasut? beg? kain? minyak wangi? Siap berangan sekali dengan brand brg tu lagi haaa.. jangan mara~~

3. anda suka baca kad kawin..

Bila dapat kad kawin daripada org lain, anda dok bayangkan nama kat walimatulurus tu terpapar nama anda dan pasangan anda/ yang anda minat sekarang ni.. Huhuhu.. Then dok cium-cium kad tu sebab ada bau wangi.. Sambil bau, sambil berangan~ yerlah..i siap kumpul lagi buat koleksi & as a rujukan..

4. anda jeles tengok happy couple..

Bila pergi jalan-jalan, anda nampak couple yang agak-agak baru pas kawin sebab kat tangan mereka masih ada inai lagi..lepas itu anda tengok mereka sangat mesra dan loving (well, baru pas kawin, memang lah manja2.. tunggu lah lagi 2,3 tahun.. hampehhhh).. Then anda jadi jeles sebab Kenapa anda tak ada inai macam mereka.. Lantas balik rumah beli henna/inai dan pakai kat tangan dan kaki sendiri..

5. anda suka masuk page wedding photographer yang bertauliah untuk tengok gbr-gbr wedding org lain..

Siap email mereka untuk tanya pakej yang mereka offer. lepas itu dok simpan hp number photograher tu sebab senang nanti kalau nak kahwin boleh contact bookng terus.. Then bila pergi kat majlis org lain, anda sibuk dok sembang-sembang dengan photographer tu sebab nak tau price range mereka bagaimana sehingga menyebabkan photographer tu lupa nak ambil gbr pengantin.. Haihhhhh..

6. anda jenguk-jenguk masuk website tempat yang offer kursus kahwin untuk tengok berapa kena bayar untuk kursus kawin..

(RM80 kalau kat JAIS.. 2 hari tak bermalam.. hehe).. then tengok jadual kursus.. Sila booking cepat-cepat pada siapa-siapa yang nak kawin dah ni, sebab kelas banyak yang full.. banyak sangat yang nak kawin lah..

7. anda suka baby…

Bila anda tengok young couple yang baru ada seorang anak kecik yang baru lahir.. ke hulu ke hilir dengan kereta sorong baby.. yang mak nya dengan beg baby dan botol susu.. Ayah nya pulak dok pegang anak dia dengan penuh kasih sayang.. boleh nampak muka dia bangga sebab ada baby.. Mak pulak pandang suami dia dengan penuh rasa bersyukur sebab dapat suami yang sangat penyayang dan sukakan budak-budak.. anda rasa jeles sebab anda pun nak anak gakkkk.. lepas itu termenung seorang-seorang bila lah anda nak ada anak……… Uhukk…

8. anda suka tengok cincin…

Hehe, yang pasti, cincin adalah benda yang amat penting dalam majlis perkahwinan.. Ia adalah lambang cinta.. lambang sehidup dan semati.. chewaaahhh..  Tak ada yang lebih menggembirakan apabila org yang kita cintai menyarungkan cincin itu di jari kita.. Aduhaii~~~

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang sudah mula mengalami simptom-simptom seperti di atas, maka sila bawa bersabar dan berdoa pada Allah agar dijodohkan dengan org yang baik-baik.. Kumpul duit, kumpul ilmu untuk menjadi isteri/suami yang soleh.. Insyallah, Allah akan makbulkan..

p/s Alhamdulillah selesai sudah….

Read Full Post »