Hahahaha…me? Marley & Me movie. Hari Jumaat malam Sabtu. Layan dgn darling dear.
Tgoklah siap dgn meggi! Ish ish ish..masa nie dah pukul 12 mlm kot. Lapar pulak. Yang lain pun tak tido lagi…Sue tgah study Bio, minggu depan nak exam, K.Lang tgah baca nama2 penyakit..haih..poning den tgok…Sedap pulak tgok K.Lang masak meggi Tom Yam pedas! Pandai betul makcik ni buat meggi. Disebabkan terliur saya pun buat jugak ler meggi kari yang pedas tuh! Idea darling dear la ni makan dalam bilik. Sejak kawen dgn die saya belajar makan dlm bilik tido:p Tapi sekali sekala langgar rules best gak!
Bukak aircon, makan meggi curry berapi sambil tgok Marley & Me! Best giler…takyah g tgok midnite muvie. Hehehhe…nie semua idea mr hubby…thanx b..sekurang2nya ilang semua gundah gulana yang melanda saya sepanjang minggu! Thanx to you… 🙂 idean yang simple je tapi sangat berkesan! Tapi malangnya muvie nie pulak ala2 buhsan. Hahaha…
Esoknya, Sabtu pagi, darling dear ajak pergi JJ tgok Ice Age. Awal2nyer saya macam tak nak pergi sbb tak larat giler. Dgn mata yang mcm tak leh nak bukak, kepala yang pening lalat..tapi macam kesian pulak kat darling dear..yerla sbb beria2 nak tgok + kesian keje ari2 stress..tgok ice age bole release stress. Orang kata kelakar muvi tu…+ kesian jugak kat diri sendiri…so last minute mandi, siap2 terus g JJ. Yang kelakarnya tiket habis pulak! Full! Cissss….nak tgok Harry Porter tapi lewat pulak tayangannya. Alahai suamiku sudah mau pulang ke Terengganu. Sudahnyer makan ajerla McD’s utk redeem free voucher.
Sampai JJ ader pulak Nubhan si penyanyi keluaran AF (yang ke ? berapa tak hingat pulak) tengah melalak nyanyi dalam JJ Seremban 2 untuk promosi TM. Tinggi lampai jugak si mamat Nubhan ni. That time die tgah carik2 penonton sporting utk nari2 + nyanyi2 sama dgn die kat atas pentas. Ada minah tue lari pulak bila si Nubhan ni panggil die naik atas pentas! Hahahha…cian si Nubhan..
Lepas makan ktorg singgah MPH, utk browse magazines bulan Julai. (Maklumlah saya suka masuk contest kat majalah!). Biasanya saya beli satu je setiap bulan. Kadang2 tak beli langsung pun. Semuanya bergantung kepada contests. Kalau hadiah2 yang ditawarkan menarik dan rasa mcm boleh menang, maka majalah tuelah yang terpilih utk bulan tu. So saya takde majalah kegemaran yang spesifik yerrr…lepas beli magazine. Baliklah aper lagi. So disebabkan tak dapat tgok Ice Age mahupun Harry Porter..maka dengan itu, last muvi yang ditonton ialah Marley & Me!
Sekian. Terima kasih 🙂
Leave a comment