Feeds:
Posts
Comments

Aroma Power

Can’t afford the luxury of spa? Do it at home! It’s easy peasy squeeezy to re-create a spa experience right in the privacy of ur own bathruum!! Easy peasy…🙂

1. Set the mood. Stock my bathroom with scented candles, potpourri and put some new age music.

2. Detox ur my face. No spa day is complete without a facial. Fill with boiling water in a bowl. Lean ur face about 18 inches over it, drape a towel over ur head so the steam doesn’t escape and sit for five minutes before patting ur face dry.

3. Mask-it. Use a moisturizing mask that has hydrating properties like mine us Clarins. Clay masks are great foroily skin because they suck up excess grease and unclog pores.

4. Find ur soft side. Scrubbing ur body with an exfoliator will get rid of any flaky, dead skin. Scrubs ae usually made with a base of salt or sugar. But mine use L’Occitane Almond Scrub. Ohhhh..after using this i smelt like almonds-very nice almonds indeed!!

5. Clean up. Jump into a steamy shower to cleanse skin and hair. Wash ur hair with a clarifying shampoo so it’s squeaky clean (don’t forget conditioner!) Next lather up with a de-stressing aromatherap soap or shower gel such as L’occitane…with properties like mandarin orange and ginger to help uplift ur spirits which provides tranquility….

6. Moisturise. After u’ve soaked urself into a long shower, grab a super creamy moisturiser. Glop it on extra thick so u can still see cream on ur skin after u’ve smoothed it out. Then sit and wait for it to absorb. Don;t forget to dot on a face moisturiser.

Done my spa day!

In memory of Iran

banyaknyer..

roti nan

IMG_2361 copy

non alcoholic

Hahahhaa…Mrs Ana Ferana, thanx a lot la sbb tag me. Barulah terasa nk update blog! Sedar tak sedar sungguh lame blog ni tak update. Kesiaaaannnnnn…

1. Adakah anda rasa anda hot? – Saya rasa saya dah tak hot!

2. Cerita pasal wallpaper komputer anda. – Gambar bumi!

3. Kali terakhir makan pizza. – Masa Father’s Day Celebration last month.

4. Lagu terakhir anda dengar – Trouble is a friend – Lenka (bunyi ringtone!)

5. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini? – Baru selesai uload pics Biskut Raya 2010 di Facebook. Jemput2la cuci mata yerrrrr…

6. Selain nama sendiri, anda dipanggil apa? – Azi (Bos yang panggil), Azie (kawan-kawan yang panggil), K.Long (adik2 dgn jiran tetangga  yang panggil), Sayang (hubby yang panggil)..

7. Tag lagi 5 org – Tak nak boleh tak? Lama tak berblog ni. Tak tahu nak tag siape. Tak pun saya tag kepada sesiapa yang bace ni dan ade blog! Aci tak??

8. Siapa org no.1 pada anda? – Tak de sbb tak tag!

9. Hubungan dgn org no.2 – Naddaaa…

10. Hubungan dgn org no.3 – Ilek..

11. Kata2 cinta utk org no.4 – Nak bagi kata-kata cinta untuk hubby boleh tak? (confirm korang muntah hijau kat cini..so xjadilahhh…)

12.Katakan sesuatu pada org no.5 – ~

13. 5 perkara ttg Shu (org yg tag saya) – Mrs Ana Ferana ni, kawan dari UPM, sama kolej dan sama kelas! Always positif dalam apa yg dibuat (betul ke ana? aku goreng jer nih…:p ) dan saya rasa Mrs Ana Ferana ni peramah orgnya!!. Sekarang ni dah jadi cikgu KPLI dan pregnen, (nape aku jugak yg tak bregnen2 lagi…?) . Yg penting miss u..:(

*lama tak mengarang..mcm pelik!

Love & Cheers,

Azie

Dah nak mula sawang balik dah blog nie. Maklumlah tenet takde di rumah, kat ofis pulak memang tak berkesempatan nak type2 blog nie. Yerla nak update blog bukan seminit due, kadang2 makan masa sejam termasuk upload2 gambar. Edit-edit ayat. Last Monday ternampak advert berkenaan Streamyx dalam lif. Senang sungguh, call je, terus agen datang rumah. Isi2 form dan proceed. Yerla kalau nak harapkan pergi isi form kat TM mmg tak ke mana la. Sampai tahun depan pun Streamyx takde kat umah. So lepas ni, Insya-Allah cargas sikit update blog!🙂

Lately ni, si suami selalu pulang lewat. Lepas Isyak baru sampai. So nak makan nasi dah macam tak selera. Si suami pun x selera, saya pun xselera juga. So dalam sebulan tu, ader la 2 atau 3 kali ktorg makan nasi malam-malam. So kene la kreatif masak makanan lain selain nasi! Tadaa….

Mee Santubong + Mee Goreng Mamak

Banyaknyer meeee nie! Hello sepinggan ni makan dua orang tau. Tak elok makan banyak malam2. Nanti perut buncit. Makan untuk alas perut je. Banyak nie pun mengah tau nak abis…mee ni, saya masak gabung dua resepi iaitu Mee Santubong dan resepi Mee Goreng Mamak. So nie la hasilnya! ….Esoknyer masak pulak Char Kuew Teow…

Char Kuey Teow

Dap jugak nie, esoknya pulak masak Bihun Hailam, Bihun KungFu, Mee Ladna…macam2 dah masak. Bila dah kawen nie, pandaila pulak masak macam2…saya masak pun ikut sesedap rasa je. Biasanya ala-ala campak je apa yang ader dalam peti sejuk tu. So far si suami kata sedap, kalau xsedap die cakap xsedap. Kuikuikui…yerla barulah improved..takkan asik sedap je manjang…Sekarang nie macam banyak idea pulak nak masak semenjak layan Channel AFC. Memang layan habis la AFC! Naked Chef, Cook at Home, License to Grill antara yang feveret…senang betul tgok diorang masak. Campak2 jer aper yang ada. Nampak sedap dan menyelerakan…nak tryla nanti…..Chow!

Accident!

5 Januari 2010 hari yang penuh mencabar! Hari pertama bekerja untuk tahun 2010 dah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aduhaiii…tak pasal2 kena EL pulak semalam. Accident nie berlaku di pagi hari time otw nak pergi kerja. Pagi2 kat km 5.5 LDP tu mmg akan ada pekerja lebuhraya letak kon so that senang kereta yang nak ke Taman Tun terus masuk dalam laluan kon tu. Nak dijadikan cerita, pagi smlm hujan pun renyai2, jalan pun licin, traffik pun dah sah2 ler slow. Mana taknya smlm first day sekolah, kul 7 pun dah sesak macam pukul 8.30…saya pulak menten jerla drive slowly. Jarak dengan kereta depan (savvy merah) takle jauh sangat takle dekat sangat. Saya mmg dah dalam lorong yang betul. Kereta savvy pun. Tapi tiba2 savvy merah break mengejut, saya pun break mengejut jugak malangnya tak dapat diselamatkan dan terlanggarla bon*** kereta savvy merah tu. Pastu saya nampak bonet depan kereta dah terjungkit ke atas, nasib baik tak terlipat je macam lipatan sejadah yang macam atas dulang hantaran tu…abislah..tat time kereta belakang dah hon2 sebab saya dah blocking laluan yang ader kon tu…dah tak semena2 traffik yang dah sedia sesak bertambah sesak…..dipendekkan cerita kereta savvy break mengejut sbb ada kereta Pesona yang menyusahkan orang, pentingkan diri sendiri yang ttibe nak masuk mengejut dalam laluan kon tu…kalau dah tahu nak masuk laluan yang ader kon tu, siap2la tukar lorong awal2…last minute tukar lorong…org belakang jugak jadi mangsa..

Akhirnya kereta saya di tow ke bengkel utk repair……bumper kemek, bonet terjungkit, lampu pecah, tank air pecah….ptg tu jugak, balik Senawang amek geran dgn insurans policy..nasib baik dah tukar nama. Dah le kene saman  RM300. Kalau bukan kereta sendiri, kene denda pulak. Selama 11 tahun memandu (L tahun 1999) inilah kali pertama  berlaku kemalangan langgar kereta orang iaitu selepas 4 bulan tinggal di Damansara.

Tak pasal2 si suami pun EL dan mujurlah die ala c.o.o.l jer. Mood saya sungguh down sepanjang hari.  Sadis! sadis! Dugaannnnnnn….

Bulan Disember nie macam2 benda yang berlaku. Saya lahir di bulan doblas. Hmmm..alkisahnya 5 Disember 2009 jatuh hari Sabtu. Hari dah cantik dah tu..sepatutnya boleh ler kuar dating dengan si suami. Unfortunately sakit perut tahap dewa dewi sampai langsung tak boleh bangun..yang akhirnya si suami yang tolong sediakan breakfast, lunch dan dinner utk saya…huahuahua….mithali sungguh suamiku…cewahhhhh! Jadi 5 Disember tu berlalu begitu sahaja……tapi….

Hehehehe..suami saya tebus balik dgn bwk saya jalan2 Pavilion, makan2 kat Chilis One Utama…(alamak gambar dlm camera….nantilah upload kemudian)..okeylah tu…yang penting happy!

Di hari-hari terakhir Disember, abah dgn ibu stay dalam seminggu jugak di Cititel Mid Valley sbbnya abah ada seminar ke apertah kat Kelana Jaya. My sis and me pun datang jugakla menyemak kat citu. After all bukan jauh sangat pun dari Damansara nak ke Mid Valley. My sis lagila dari Seremban tu datang nak menyemak sekali…sib baik cuti sekolah…Bukan aper sbb nak window shopping! Best jugak…turun2 jer lobi terus dalam Mid Valley….lagipun dah lama ibuabah tak shopping barang2 keperluan..dah bosan window shopping Mid Valley dgn The Gardens pergi pulak Pavillion. Naik teksi okey! Dari Cititel ke Pavillion RM14. Mahal betul. Uncle tu saje je bawak slow motion. Mmg slow gilerla…rasa mcm nak tolong drivekan jer…eeee geram. Sib baik bertiga..so biler dah borak2 terlupe naik teksi lembap yang terhegeh-hegeh macam ulat gonggok….sampai Pavillion terus masuk  Coach. Ibu mmg dah berkenan 1 clutch ni. Mmg comel sangat, warna lavender. Kat Garden dah habis. Kat Pavillion tinggal 2 je lagi. SA  (bro…lu mmg 5 star la!) kat citu pulak layan dengan penuh sabar….macam2 ktorg tanya pasal Coach nie..abis semua die explen. Hampir sejam lepak kat Coach..keluar dulu…pergi pulak jalan2 usya Marc Jacob, Anya Hindmarch, Aigner(kat Aigner ni ada 1 clucth mmg cantik, kulit python..tapi lepas diskaun 50%, RM 2400..perhhhh! Mahalnya untuk clutch jer pon…tak berbaloiiii….akhirnya balik semula Coach dan ibu beli jugak clutch yang mmg die idam2 kan tu…..lepas tu balik naik teksi semula RM12. Uncle teksi nie mmg service die 5 star la….., sbb die dah bawak teksi dari tahun 77 lagi…macam2 die cerita pengalaman die, siap ajar lagi kat ktorg hal2 teksi ni…sbbnya dia cakap….KTORG MCM TAK PERNAH NAIK TEKSI, TAKUT2 NAK NAIK!….yerla dalam paper, tv tu mcm2 kisah driver teksi tipu org..mestilah takut kene tipu! Lgpun teksi2 kat luar Pavillion tu tak pakai meter…diorang pakai kupon sekali naik RM25…ader ke teksi macam tu? Bukan pakai meter ker sepatutnya….? kan? kan? Sib baik tak naik…

Seminggu sebelum tu, teman ibuabah dgn K.ngah shopping juga tapi kat One Utama, sakan betul diorang shopping…me?  window jer…i love window shopping! (cehhh takde duit sebenarnya….) ktorg sempat buat skin analysis kat Counter SK11. Mmmg bestla services die. Thanx Margaret! Hampir 2 jam lepak kat Counter SK11 (maklumlah pergi hari bekerja..mmg takde orang!!) End up ibu dgn K.ngah membeli produk2 SK11!  Lengkap full range…tapi yang bestnya sample2 banyak giler die bagi…bestnyer! Harga pun best yer tuan puan….Saya? Tgok jerla….harharhar…diorang beli tu sbb produk2 skincare diorang dah abis guner…saya pulak tak guna2…malas…sample pun banyak lagi…so abiskan je mane yang ader dulu..kan?kan? Saya nak tgok aper hasilnya kat diorang tu…betul ke kulit cantik seperti yang digembar gembur kan tu…..mari kita tunggu dan lihat……jeng..jeng…jeng…Selesai beli skincare products , teman abah pulak cari kasut formal…abah saya nie mmg cerewet betul..macam si suami..kalau dah tak berkenan tu…tak berkenanla…bwk gi Clark, Hush Puppies, Parkson, Jusco, Pedro, Braun Buffle…dan akhirnya tersangkut jugak kat Florsheim Shoes. Lepas tu baru boleh pulang…

Ni pulak kisah yang tak boleh blah pada 31 Disember.. pagi saya bermula dengan agak malang….tak leh nak turun g basement sbb tiga2 lif tak berfungsi. Nie mesti hal semalam tak settle lagi. Mana taknya paip ting 2 pecah yang airnya melimpah2 macam air terjun dalam lif pertama dan kedua. Sehari sebelum tu, lobi pun dah nak hampir banjir…oh oh sambung balik…masa tu jam 7 pagi. Orang pulak ramai yg cuti sbb macam lengang je. Nak tak nak terpaksa ajak si suami teman turun 8 tingkat (termasuk G, B1 dan B2) guna tangga kecemasan. Seriusly tangga kecemasan tu mmg gelap…serammmmm…dah ler lenguh kaki..tak pasal2 punch card lewat 3 minit…aduhaiiii…esok nak masuk tahun baru, banyak pulak benda2 nak kene settle…ader meetingla..nak buat claim perjalanan la, nak buat claim perubatan la..selesaikan semua dokumen2 yg perlu sign dan copla…nak buat perancangan kerjala….kesimpulannya mmg bz ler..dah ler bz, perut pulak sakit…sabar ajerla…(sakit org perempuan…). Dahler susah payah balik awal, sampai kondo still tiga2 lif tak berfungsi dan saya gagahkan jugak le naik 8 tingkat tu sambil memikul tesis PhD yang beratnya berkilo2…sib baik xbwk balik laptop..kalo tak…lenguh jugak dibuatnya…dah sampai tingkat 5 pintu kecemasan pulak takleh bukak Pintu kecemasan kalau dah tutup mmg takleh bukak dari dalam..so macam kena sendal dgn tong sampah or kayu..agar tak tertutup….dah le sakit kaki….sakit perut lagi…panas dan berpeluh2 pulak tu stuck pulak kat tangga kecemasan….hanya tuhan jer la yg tahu..mmg panik giler masa tu + menyumpah…saperla tak berhati perut yang tutup pintu kecemasan tu…sbb dari ting 1-4 semua pintunya terbukak…..grrrrr…geram betul..takkan nk turun balik G panggil security..security pun satu..dah tahu lif takleh guna bukak ler semu pintu kecemasan tu…..bateri phone pulak dah flat…hai nasib2….terpaksalah turun semula…sampai ting 4 saya terpaksa keluar ambil angin dulu…..lemas giler dan panas giler kat dlm tu…sambil jalan amek udara segar…saya nampak satu tangga yg terbuka kt hujung ting 4…cehhhhh rupanya ada tangga kt hujung bangunan nie….aper lagi naik jerla satu tingkat lagi dan tadaaaa…sampai ting 5…terus boleh masuk rumah….fuhhh lega-lega…kondo tu sampai ting 21….agak2nya org yg duk ting 21 pergi kerja tak hari tu???

Hai 1 Januari 2010

Happy New Year!!!

Celebrate ker kat mane 2?

Saya? Tak ke mana melawat tokki di Precint 14 Putrajaya. Ader solat hajat dengan bacaan Yassin..

tepat jam 12mlm, still dalam kereta otw balik Senawang. Tahun 2010 baru sampai Senawang….

Psstttt…azam 2009 camne? Dah tercapai ke?

Saya? Alhamdulillah banyak yang tercapai.Sibuk2 tanya nie nak tau ke? Jom tgok cheklist!

1. Habiskan tesis – Selesai dah..tapi pembetulan tak selesai2 lagi…aiseeehhhhh….

2. Kerja tetap – Dah dapat! Makin suka dan gembira di tempat baru…nice!

3. Tinggal sebumbung dengan suami – Yup! Sbb si suami dah bertukar kerja di tempat baru. Belakang ofis i jeeerr..ok…die vendor..i client!

4. Louis Vuitton Speedy 30 – Yes! Tote bag idaman sudah berjaya dimiliki!!! (Thanx a lot pada abah yang sudi tolong belikan di Hawai..dan thanx pada si suami yang hadiahkan sempena 1st anibesari)

5. Cole Haan “Genevieve” Small Woven Triangle Tote – Alhamdulillah! Dapat jugak…1st gaji beb!

6. Apple MacBook – Yeayyyy! Hadiah dari si suami Januari yang lalu…

7. Coach wristlet – Yippiii…..penting untuk memuatkan segala akses2 kad yang ada ( kondo, parking kondo, parking ofis, touch n go, car key!)

8. Nak ada kereta sendiri – Yeeeeehaaaaa….terima kasih ibuabah kerana beri saya kereta yang amat saya sayangi!

9. Nak menang percutian – Akhirnya saya berjaya…menang percutian 3 hari 2 malam di Awana Kijal! Best giler…dan menang percutian ke Gold Coast. Tapi yg Gold Coast nie aperhal senyap jerrrr! TV3…SILA JAWAB!!!!

10. Nak beli RX Water (RM1950) – Yeay!!! Dah ader…Mendapat air yang bersih adalah satu keperluan bile dah tinggal dlm kawasan Selangor….

11. No perfume for 2009 – yeeehaaaa….percaya tak saya tak beli perfume pon tahun lepas…abiskan stok2 yang ader jer…

12. No heels for 2009 – Yes! Tak beli kasut pong…tapi beli crocs je 2 pasang…Malindi Orange dgn Malindi Leapord! :p

Yang penting syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur lagi, dimurahkan rezeki…disihatkan tubuh badan…..Itu yang tercapai….yang tak tercapai pun ader jugak….:(

1. Nak konvo tahun 2009…tak tercapai jugak…..!

2. Nak baby…tapi camne takde rezeki lagi…

3. Masuk contest untuk menang Iphone tapi tak menang..sungguh kecewa….(kalau menang saya akan tukar dgn si suami…saya nak Blackberry Bold!!!)

4. Masuk contest dengan harapan dapat LCD TV tapi sesungguhnya saya belum smpai tahap tu…..

5. Berangan nak buat outdoor photoshot dengan Moqh…tapi xde duit la pulak…..impian tinggal angan2 jerla…

6. Nak sangat pergi Sabah..memandangkan abah dah ader rumah kat cane..tapi smpai sekarang tak jugak pergi2…

Azam tahun baru 2010

1. Perlu bekerja dengan tekun dan gigih.

2. Moga2 tuhan kekalkan badan yang sihat ini agar lebih bermotivasi utk bekerja

3. Teringin nak pergi umrah (tengah giat mengumpul duit)

4. Nak abiskan semua sample2 barang esp skin care products, makeup, perfume…banyak betul yang tak gune lagi..cukop utk stok tahun 2010…(perlu berjimat…)

6. No perfumes for 2010

7. No shoes and heels for 2010

8. Teringin nak g LOndon (angan2 mak jenin jer nih…..)

9. Handbag…? Coach or Marc Jacob or Anya Hindmarch? Mana satu pilihan hati yerrrr…..

10. Nak beli rumah….(tgah rancak menyimpan nihhhhh…..)

11. Teringin nak pakai BlackBerry Bold.. (harap2 si suami murah rezeki dan bole beli Iphone jadi cepatlah keluar Iphone 4G…..so saya dapatlah BB die…harharhar!!!)

12. Nak masuk contest banyak2..nak menang banyak2….go go caiyukkkkkkk!!!!!