Feeds:
Posts
Comments

Friday Story…

Pagi Jumaat singgah kejup kat Sri Kembangan, Wisma SSP untuk amek hadiah dari Style Mag. Ingatkan sebotol je perfume.. bernilai RM180. Rupa-rupanya…hah amek ko! Selambak!!! Nie stok 3 tahun pun tak habis nieh…perfumes ada 5 jenis bau, deodarant spray pun ader 5 jenis bau gak, bath gel ada 3 jenis…(1 dah selamat dalam bilik air dah..uat mandi..hihi). Lama dah tak dapat buat hobi yang satu ni (masuk contest)…rindunya….

Hadiah...

Selesai kat Sri Kembangan…terus ke rumah. Kemas2…kejup..keluar balik g Menara Park kat Jalan Yap Kuan Seng. Selesai urusan kat cane singgah KLCC untuk solat jup. Takde keinginan pun nak makan kat KLCC. Tapi terasa macam jem giler nak balik rumah  pukul 6.30 ni,, kenela menapau 1901 untuk berbuka dalam kereta. Hah memang betul pun jem giler. Biasalahkan…berbuka dalam keretalah nampaknya hari Jumaat tuh.

Sampai rumah ala-ala lapar lagi, sempatlah menapau kuew teow tom yam kat De Tom Yam seberang jalan tu. Orang Klate yang masak. Sedapnyerrrrr mak tuan!!! Very richhh dengan shrimp..very da tom yam. RM5 sebungkus. Mahal betul makanan kat cini. Botak la kepala kalau hari2 tapau makanan RM5.  nasi Goreng USA RM6.50. Eiii..sabar jerla…Tapi hubby cakap takleh lawanla tom yam kat Bangi. Luper nama kedai tu. Tom Yam kat citu lagi hebat!

Kuew Teow Tom Yam

Lepas layan Tom Yam mulalah kerja2 pembersihan. Tu yang bertenaga giler tuh….:p

I like Perdana Kondo

3 hari bermalam dengan darling dear kat rumah baru memang sangat memenatkan. Penat gilerlah wa cakap sama lu. Keje ktorg selama 3 hari tu menyental je. Maklumlah kondo yang dah tinggal lama. Macam2 ada…darling dear pulak ada ala-ala resdung. Sensitip dengan habuk!! Kalau berhabuk sikit mulalah nak bersin2, gatal2 hidung. Tuela yang beria2 mengemas rumah bagi bebas habuk! Orang pakai mask biler keluar rumah. Ktorg pakai mask dalam rumah utk bersih rumah! Alhamdulillah misi tercapai. Sekarang dah clean & clear. Yeayyyy!! Thanx to darling dear yang memang semangat giler menyental sliding door, lantai rumah (siap berus ok..bukan mop dah..dengan pencuci multipurpose) , segala lampu2 yang ada & menyental bilik air selama 4 jam!! Hasilnya memang WOWW!!! Darling dear siap turun berat lagi 1kg. Hihihi…Dah 2 malam ktorg tido pukul 3 pagi. Buat keje berat2 nie malam2 je. Tak larat nak buat siang2 buta. Siang2 buat keje ringan2 jer.  So alhamdulillah setelah bekerja keras 3 hari, lengkaplah sebuah rumah baru! Mananyer tak lengkap mentang2 rumah sejengkal je dgn IKEA, hari-hari ktorg g IKEA!! Jakun betul. Tesco tu pulak dah sah2la hari2 jugak. Takde screw driver, gi Tesco. Takde extension g Tesco.   So boleh kata  Fasa 1 – complete!!

rumahbaru1

Proses mengeluarkan barang2 dari kotak! Tgoklah bersepah-sepah giler! Macam sarang tikus!

rumahbaru2

Barang-barang untuk kitchen nie adalah hadiah kawen. Dah setahun terperap dalam stor, baru sekarang proses nak membuka hadiah2 hawen. Lewat setahun. So thanx a lot kepada sesiapa yang bagi. Kad2 u olls semua saya masih simpan…siap boleh ingat lagi siapa yang bagi barang2 nie :)

rumahbaru3

Sebelum

rumahbaru4

Selepas. Langsir dengan karpet tu import dari stor rumah Senawang. (Barang yang ibu taknak guna dah. So untuk semetara waktu ni ktorg guna aje yang mane yang ada…save budget!)

rumahbaru5

Sebelum (pic nie setelah selesai menyental mesin basuh, peti sjuk, kabinet2 tu semua, dan segala yang patut)

rumahbaru6

Selepas

(Microwave oven dihadiahkan k.ngah. Thanx a lot k.ngah!! Mesin basuh dan peti sejuk sudah sedia ada). Sukanya kitchen ni!!! Kecik comel. Barang2 semua nie disusun oleh ibu dgn k.ngah esp yang dalam almari tu. Thanx a lot for helping me!! :)

rumahbaru7

Antara produk IKEA. Hihihi..

rumahbaru8

Multicooker yang pelbagai fungsi. Sukanya!!

rumahbaru9

Pemandangan dari beranda..sukanya waktu malam…

rumahbaru10

Antara kemudahan yang ada….

rumahbaru11

Swimming pool yang ditutup (maintenance). Ada orang tumpahkan nasi ayam dalam pool. Boleh tak???

Setakat nie port dalam rumah yang paling best ialah bilik tido. All white (cadangan ibu) . Tema putih. Maklumlah bilik kecik kene guna warna cerah baru nampak luas. Dari cadar (putih gading), almari, langsir…scented candle pun white jugak! Tilam pulak sepakat untuk order yang empuk. Hai..bestnyer tido setelah penat2 bekerja seharian dan untuk hubby setelah travel beratus2 kilometer dalam masa 2 hari. Sehari suntuk cari tilam.. last2 order tilam LATEX dari kedai perabot MiVa…

Terasa nak tido….Selamat malam semua…

Rezeki Ramadhan Al Mubarak

Last week dapat bwite gembira. Sukanya..sukanya…projek sekut raya akhirnya menjadi kenyataan..

Company OPQ

Almond Roche 25 500 biji

Biskut Cheese 25 500 biji

Bolehla langsaikan hutang piutang pasni (wah macam banyak je bunyinyer..). Kurangla sket  beban perbelanjaan nak masuk rumah baru, dgn nak raya lgi….haihhh! Untie N mmg gembira giler bila projek nie jadi kenyataan. So kepada sesiapa yang dah order tu, jangan risau tau..korang akan dapat biskut korang tu..don’t worry k…Jadi makin banyaklah perkara2 yang perlu diuruskan dalam bulan Ramadhan ni. Doakan kami berjaya! Untuk penghantaran sekut2 tu ktorg yang settlekan. Risau jugak nie nak bawak 1700 kotak. Harap2 semua ok. Makin bizi.Bizi..

Kemaman

27 balang biskut

10kg Popia Pedas

UKM, Bangi

So far orang dah order 53 balang. Esok akan buat delivery ke Bangi. Tak pasal-pasal ada ejen pulak kat UKM Bangi nieh. Niela baru dikatakan penghantaran yang berbaloi-baloi!

ohh tambah lagi order hari ni…hebat2..ejen saya nih…!

Nilai

So far dah order (ohhh kene check dulu…banyak muka surat tuh…)

Lagi 2 location (dalam 10 balang) still pending lagi..

Putrajaya

Ada permintaan dari ofis Abah. Siap call kat Sabah tu tanya, taknak jual biskut raya ke? Tuela nak buat camne. Siapa pulak yang nak hantar2 nie….alahai…macam tak sempat je nak uruskan…dah ler diorang nie kalau dah order memang takleh lawan mane2 tempatla…banyak gilerrrr….tapi still dalam pertimbangan…kene discuss dulu dengan abah and hubby….

p/s: Biskut sedap kene dinikmati bersama, takleh nikmati sorang2 jer :)

update:

(malas nak buat entry baru, update kat cini je. Aci tak? Ahhh, aci ajerla..)

2 hari sebelum Ramadhan sampaila voucher yg da bertahun tunggu. Ingat penganjur (Petronas) dah uat2 lupe :p

voucher big apple

Next day nyer terus redeem kat The Curve. Sehari sebelum Ramadhan, nielah lunch saya dgn encik suami. Tadaaaa….

Big AppleBig Apple 2

Dah la pose..sedap pulak tgok makanan bulat-bulat bercorak ni. Niela pertama kali makan Big Apple. Mujurlah percuma. Boleh jugak try. (Orang lain tah2 dah naik muak makan kot, kita bru nak try makan :p). Pada pendapatan saya Big Apple lagi best dr Dunkin Donuts tu sbb ia kurang manis. Sesedap rasa je…nak lagi..nak lagi…

Preview gambar kitchen sket yg masih lagi bersepah2:

dapur

p/s: Gambar diambil guna henfon hubby (Blackberry). Henfon saya boleh pulak tertinggal kat rumah Senawang. Ish ish…

Rumah baru..

Hi all, sukanya saya dah dapat rumah. Masa mula2 dapat offer kerja kat area Damansara nie dah cuak giler. Damansara..? dah la tak familiar. Bape kali je datang cini. Datang pun sbb nak g OU, The Curve and IKEA. Kalu takde tiga2 nie, tah2 tak tau pun camne nak g Damansara ni… Dah mula pk macam2..Alahai macam mnelah dak duduk nie. Terpaksalah menyewa bilik. Area Damansara nie maklumlah nak menyewa sebuah rumah dah tentulah mahal! Pastu..tak dapatla nak jumpa hubby kalau dah menyewa bilik rumah bujang tu. Dah ler cuti tak sama. Takkan due2 nak balik Senawang tiap2 minggu untuk jumpa hari Sabtu je. Dalam kepala macam manalah kehidupanku nanti…tapi…alhamdulillah…sebaliknya pulak yang jadi…syukur sangat2!!! Berkat doa ibu abah dgn umi abh (f&m il) la ni. Yang susah2 tu dipermudahkan….

Thanx to Cik Kah (hubby’s unti) yang menyudikan diri menyewakan kondo nyer yang santek tu kepada ktorg. Hehehe…Kebetulan pulak Cik Kah dah pindah rumah baru kat Manjalara (macam nama cerita kat tv3 petang2 tuh)…

Yang tak tahan tu, siap fully furnish. Masuk2 je dah ada sofa (merah menyala you!), ada kitchen kabinet, ada tv, ada washing machine, ada fridge, ada almari, katil semua lengkap dah! Rezeki kami berdue lah tu nak mulakan suasana baru. Sewa pun alhamdulillah TERsangatlah okey. Kata Cik Kah “harga sewa anak beranak je”. Takde deposit2 dah. Duduk je terus. Dahler lengkap dengan swimming pool, ada gym, ada bilik sauna. (Hari Jumaat saya keje, bolehla hubby g swimming2 or g bina badan kat gym, wakakakak)  Bagus betul kondo ni. Nama tempat nie Perdana Kondominium kat Damansara Perdana. Dibangunkan MK Land. Betul2 dekat dengan The Curve. IKEA pun dekat. Jalan kaki pun sampai. (Tapi takde maknaya saya nak jalan kaki yer!) Kondo ktorg nie pulak mengadap bukit. Kebetulan pulak, saya memanglah tersangat sukakan pokok2 hijau (kat rumah Senawang nie banyak pokok tau!). Dulu petang2 suka buat garden dengan ibu. Bawahnyer pulak ada Tropic mall. Tepi2 kondo nie banyak gile lot2 kedai. Kedai makan pun bersepah2. Jalan kaki je g kedai Tom Yam kat depan tu. So senang cerita mmg suka sangat dengan environment kondo nie. Macam tak takut nak tinggal sorang2. Alhamdulillah….

Kondo yang kami nak duduk nie, takla sebesar mana pun. Satu bilik je. Actually ini 1 bedroom service apartment. Hai, saya memang nak yang kecik2 comel je keluasannya, tak nak yang besar2 sangat. Takut! (bukan takut penjahat, tapi takut antu..kikiki..tah ape2 kan saya nie? Tuela layan lagi citer Keliwon kat tv3 malam jumaat, padan muka..pasnie nak kene duk sorang2. Bukan tue jer siap layan lagi citer2 pelik kat taman saya ni). Korang nak dengar? Meh nak citer, ada jiran ktorg kat lorong belakang2 ni citer, anak dara die nyer bantal bucuk ilang. Tah camne jumpa bantal tu kat umah kosong. Dah jumpa bantal bucuk kat umah kosong tu, boleh tak die amek balik uat peluk malam2. (isshh sabar jerla!) Esoknyer ilang lagi. G umah kosong tue balik, ha’ah mmg ade bantal anak die kat rumah kosong tu. Lu pikirlah sendiri sape yang amek yerrr. Uwaaaaa, takutnyer..(ohhh lupe pulak saya dah tawen!). Ader lagi, tapi malasla nak citer banyak…pasnie dah le nak duk sorang2…uwaaaaa takut!

Back to cerita asal yer…Bab2 security pulak macam selamat je. Untuk residents nak masuk parking kene ada akses card. Ada guard pun jaga kat parking. Bukan sembarangan orang boleh masuk. Ada satu lagi tempat parking tapi RM1.20 sejam. Nak masuk bahagian dalam kondo pun ader akses card jugak. Hai..tertinggal card2 tuh tak taula…so bunyi macam selamat kan? Takdelah saya seram nak balik keje or nak g keje nanti!

Tak syok betul..kene tinggal sorang2. Tapi takperla siang keje, malam je duk sorang2 layan perasaan…Hubby mcm biasala weeken je baru muncul. Hmmmm….itulah life! Korang nak tgok tak umah baru kami? Hihi..nanti kita snap2 pics okey bg u all tgok. Sekarang nie still nak proses kemas2 lagi.  Mujur ada gak ibu. Ada geng nak kemas2. Kalu ibu kat Sabah, haru jugak nak kene buat sorang2. Cik Kah kata nak cat dulu, nak repair2 itu ini…so nanti2lah yer…

Hah, macam paham2 je ktorg perlukan duit. Maka dengan itu, sampailah cek RM100 dari Cadbury yang ditunggu-tunggu itew. Hubby (RM50) & saya (RM50). Hoo yeay! Bole beli iron + iron board + barang-barang lain (Ambi Pure, Ridset (saya takut lipas..arrrr), lampu suluh (kang blackout susah pulak).

Money..money

Barang-barang lain setakat nie, korek2 dalam stor keluarkan balik hadiah kawen.

Sekian.Terima kasih…

Awana Genting Highlands

Hi all..kali nie nak story pasal g Genting pulak. Setelah 2 kali menginap di Awana Kijal, Kemaman, kali nie berpeluang pulak nak menginap di Awana Genting Highlands (6-8 Ogos 2009). Actually minggu tue awal-awal lagi dah plan dengan darling dear nak celebrate our 1st wedding anniversary (3 Ogos 2009). Nak celebrate kat mane takde plan lagi. Pastu tak lama lepas tue pulak darling dear cakap EPIC nak buat family day kat Genting, minggu sama yang ktorg plan nak celebrate.

Mula-mula mcam tak jadi nak pergi atas sebab2 lain dan tertentu. Tapi last minute jadi pulak. Hmm yerla, penginapan ditaja, dapat elaun perjalanan, dapat free tix Skyway + Outdor Theme Park ditambah pulak hadiah2 cabutan bertuah yang seriusly memang gempak giler wa cakap sama lu! Ada LCD TV, peti sejuk, mesin basuh, aircond, – bukan sebiji due je tuh tapi berbijik2..perhhh..lagi.. ipod nano, handphone cap Sony Erricson, Iphone 3G, baucer percutian jangan cakapla..slr pun ada tuh.  Lagi best baucer Habib Jewel beribu2 ringgit…alaihai menarik sungguh…Tue antara faktor yang menyebabkan ktorg mcm bertukar fikiran.

Hihihi…Pergi hari Khamis sbb darling dear kata dia ader keje nak kene buat..

Pada pendapatan saya bilik kat Awana Genting nie lagi best dari Kijal, tapi bilik air Kijal tetap da best!

Awana Genting HighlandsTea baghijaunya pemandangan..sejuk mata memandang..with darling dearantara hadiah cabutan bertuah..bertuah betul..sape yg dapat ni..

Anta hadiah cabutan bertuah..darling dear dapat voucher rice cooker dari Sen Heng… (wakakakaka..bertuah sungguh anda dapat periuk nasi!). Periuk nasi hadiah kawen dulu dapat dah 2 bijik. Ni tambah lagi bijik yang ke-3. Nasib baik dapat voucher so end up tambah duit sket beli vacuum cleaner..maklumlah hadiah kawen takde yg sudi nak bg vacuum.

aperlah agak2nyer yg dibualkan tuh...

Suka sangat tshirt pink nie (Baju tema family day!), warna die santek, design pun santek! Hai saperlah designer nih…kuikui…  Tgah borak aperlah tu dengan K.Wan

Dinner Epic

Berkilat muka b. Wakakak…tuela berpeluh2 lari..part cabutan bertuah je kene pergi kat stage. Diorang cabut secara digital. Dah tak main dah gaul2 dalam balang kaca!

tepi poolsaje nak amek banner blakang tu...tapi e pulak tak nampakmy breakfast

Makanan kat Awana Genting nie memang best esp lunch kat Rajawali. Breakfast pun not bad la compared to First World Hotel, lagi haru! Awana Genting 100 kali lebih senonoh breakfastnye. Kat cini cuaca pun takla sesejuk kat First World sbb Awana tak berada di puncak Genting pun lagi. First World tue kalu malam2 mmg ketar! Awana ni dekat dengan Skyway.

voucher Skyway dgn outdoor theme park

Bagus betul Family Day diorang ni, siap lengkap dengan penginapan, dinner, ticket Skyway dan ticket outdoor theme park. Sakan betul masing2 berholiday!

:)

Yellow Cab

Hai all, nie nak cerita pasal Yellow Cab. Turun dari Genting Highlands last 2 weeks, singgah Ampang sebab terasa nak tengok muvi G.I.Joe kat Galaxi Ampang. Tapi sebelum tu kenala isi perut dulu. Nie kisah sebelum demam panas aritu yer.. :)

Sampai Ampang perut nie terasa @ mengidam sangat2 nak makan kat Yellow Cab. Tak tau pun wujud tempat nie. Setelah membaca Fotopages Cik Wawa, barulah tau Yellow Cab ni wujud. Sementelahan tgok pizza nya yang sangat tempting itu, sehingga hampir meleleh air liurku ini. Sesiapa yang nak tgok silalah ke Fotopages Cik Wawa nie yer.

Yellow Cab

Menyilau-nyilau bike nie…

Yellow Cab di sini yer tuan/puan..

Yellow Cab di sini yer. Betul2 mengadap Ampang Putri Specialist Hospital

Nak mamam ape yer?

Suami terchenta tgah pilih2 nak makan ape..

Tagline: When you want Great Pizza, Call a Cab.

Yeay, Pizza dah ciap! Laparnyerrr..

New York's Finest

New York’s Finest 10”

Italian beef sausage, chicken ham, beef pepperoni, beef bacon, ground beef, black olives, mushrooms, onions, red&green bell peppers

Nyummm…nyum…sedap sungguh!

4 keping sorang. Percaya tak saya makan 4 keping pizza, habis!!!

Chicken Wing

2 ketul sorang Chicken Wing. Habis licin jugak saya makan, cian encik suami takde can nak “paw” saya punyer…hekhek…

Passion. Perfection. Pizza.

Yello Cab takde set2 macam Pizza Hut yer. Semua ala carte. Hah pandai2la bawak diri, nak order yang mane….

Harga Pizza bermula dari RM19 – RM69.70. Ada 2 jenis iaitu Classic Pizza & Speciality Pizza. Ada 3 saiz iaitu 10″ , 14″, 18″.

Selamat mencuba!!!

Terima kasih ibu…

Kenapalah mata susah nak lelap. Pusing kiri tak boleh nak pejam, pusing ke kanan pun tak nak lelap. Bila bukak kipas, macam lemas jer, takleh nak bernafas, hidung pulak tersumbat. Last2 bangun je update blog. Jup lagi pkul 2.30 am nak kene makan ubat pulak. Dah alang2 tu stay up jer la.

Actually entry nie special untuk ibu tersayang. Terharu tgok dia menjaga saya dengan baik. Hari Isnin bawak saya g hospital, tak jadi g hospital bawak pulak pergi klinik. Pastu buat sup utk saya makan. Sediakan lunch utk saya. Buatkan diiner utk saya. Cari bali then rebus utk sejukkan badan. Nak harapkan saya drive g hospital sendiri memang tak berdaya. Dengan kepala berpinar2, sendi2 tulang pun sakit, tue tak campur lagi ketar seluruh badan. Camne nak drive g hospital jauh pulak tu sampai Seremban sane (bagi org sakit jauhla jugak nak drive sorang2). Bila teringat balik pilu sungguh hati ku ini rasanya…tak dapat bayangkan kalau duk sorang2, takde ibu disisi, mati kering dah kot..

Pastu terus teringat masa saya kene major operation kat KPJ Seremban beberapa tahun lepas. Ibu jugaklah yang bersusah payah bersengkang mata sorang2  jaga saya kat wad (wad kelas 1 pulak tu).  Jaga makan minum.  Bukan tue je, duk picit2 kaki tangan. Susah payah cari ikan haruan, masak sup ikan haruan, suapkan saya makan…mandikan saya..then selama 9 bulan berturut2 jugakla ibu yang temankan saya tiap2 bulan ke hospital utk treatment. Duit pun habis beribu2…(*kan dah tumpah air mata, sedih betul hati….)…besar sungguh pengorbanan seorang ibu…..sob..sob…

Rasa sedih betul lepas nie kene tinggal berjauhan dengan ibu. Berat hati sungguh. Tak dapat bayangkan pasnie duk sorang2 macam manelah….Risau + takut. Kalau saya sakit, sape pulaklah yang nak jage saya. Tapi nak buat camne, semua orang pun, sampai masa kene jugak berjauhan dengan ibu. Sob..sob…Walau ape pun terima kasih ibu atas segalanya….

p/s: Emosi sungguh pagi2 buta nie. maafkan saya…orang sakit sangat sensitif perasaannya….

« Newer Posts - Older Posts »