Hi all, sukanya saya dah dapat rumah. Masa mula2 dapat offer kerja kat area Damansara nie dah cuak giler. Damansara..? dah la tak familiar. Bape kali je datang cini. Datang pun sbb nak g OU, The Curve and IKEA. Kalu takde tiga2 nie, tah2 tak tau pun camne nak g Damansara ni… Dah mula pk macam2..Alahai macam mnelah dak duduk nie. Terpaksalah menyewa bilik. Area Damansara nie maklumlah nak menyewa sebuah rumah dah tentulah mahal! Pastu..tak dapatla nak jumpa hubby kalau dah menyewa bilik rumah bujang tu. Dah ler cuti tak sama. Takkan due2 nak balik Senawang tiap2 minggu untuk jumpa hari Sabtu je. Dalam kepala macam manalah kehidupanku nanti…tapi…alhamdulillah…sebaliknya pulak yang jadi…syukur sangat2!!! Berkat doa ibu abah dgn umi abh (f&m il) la ni. Yang susah2 tu dipermudahkan….
Thanx to Cik Kah (hubby’s unti) yang menyudikan diri menyewakan kondo nyer yang santek tu kepada ktorg. Hehehe…Kebetulan pulak Cik Kah dah pindah rumah baru kat Manjalara (macam nama cerita kat tv3 petang2 tuh)…
Yang tak tahan tu, siap fully furnish. Masuk2 je dah ada sofa (merah menyala you!), ada kitchen kabinet, ada tv, ada washing machine, ada fridge, ada almari, katil semua lengkap dah! Rezeki kami berdue lah tu nak mulakan suasana baru. Sewa pun alhamdulillah TERsangatlah okey. Kata Cik Kah “harga sewa anak beranak je”. Takde deposit2 dah. Duduk je terus. Dahler lengkap dengan swimming pool, ada gym, ada bilik sauna. (Hari Jumaat saya keje, bolehla hubby g swimming2 or g bina badan kat gym, wakakakak) Bagus betul kondo ni. Nama tempat nie Perdana Kondominium kat Damansara Perdana. Dibangunkan MK Land. Betul2 dekat dengan The Curve. IKEA pun dekat. Jalan kaki pun sampai. (Tapi takde maknaya saya nak jalan kaki yer!) Kondo ktorg nie pulak mengadap bukit. Kebetulan pulak, saya memanglah tersangat sukakan pokok2 hijau (kat rumah Senawang nie banyak pokok tau!). Dulu petang2 suka buat garden dengan ibu. Bawahnyer pulak ada Tropic mall. Tepi2 kondo nie banyak gile lot2 kedai. Kedai makan pun bersepah2. Jalan kaki je g kedai Tom Yam kat depan tu. So senang cerita mmg suka sangat dengan environment kondo nie. Macam tak takut nak tinggal sorang2. Alhamdulillah….
Kondo yang kami nak duduk nie, takla sebesar mana pun. Satu bilik je. Actually ini 1 bedroom service apartment. Hai, saya memang nak yang kecik2 comel je keluasannya, tak nak yang besar2 sangat. Takut! (bukan takut penjahat, tapi takut antu..kikiki..tah ape2 kan saya nie? Tuela layan lagi citer Keliwon kat tv3 malam jumaat, padan muka..pasnie nak kene duk sorang2. Bukan tue jer siap layan lagi citer2 pelik kat taman saya ni). Korang nak dengar? Meh nak citer, ada jiran ktorg kat lorong belakang2 ni citer, anak dara die nyer bantal bucuk ilang. Tah camne jumpa bantal tu kat umah kosong. Dah jumpa bantal bucuk kat umah kosong tu, boleh tak die amek balik uat peluk malam2. (isshh sabar jerla!) Esoknyer ilang lagi. G umah kosong tue balik, ha’ah mmg ade bantal anak die kat rumah kosong tu. Lu pikirlah sendiri sape yang amek yerrr. Uwaaaaa, takutnyer..(ohhh lupe pulak saya dah tawen!). Ader lagi, tapi malasla nak citer banyak…pasnie dah le nak duk sorang2…uwaaaaa takut!
Back to cerita asal yer…Bab2 security pulak macam selamat je. Untuk residents nak masuk parking kene ada akses card. Ada guard pun jaga kat parking. Bukan sembarangan orang boleh masuk. Ada satu lagi tempat parking tapi RM1.20 sejam. Nak masuk bahagian dalam kondo pun ader akses card jugak. Hai..tertinggal card2 tuh tak taula…so bunyi macam selamat kan? Takdelah saya seram nak balik keje or nak g keje nanti!
Tak syok betul..kene tinggal sorang2. Tapi takperla siang keje, malam je duk sorang2 layan perasaan…Hubby mcm biasala weeken je baru muncul. Hmmmm….itulah life! Korang nak tgok tak umah baru kami? Hihi..nanti kita snap2 pics okey bg u all tgok. Sekarang nie still nak proses kemas2 lagi. Mujur ada gak ibu. Ada geng nak kemas2. Kalu ibu kat Sabah, haru jugak nak kene buat sorang2. Cik Kah kata nak cat dulu, nak repair2 itu ini…so nanti2lah yer…
Hah, macam paham2 je ktorg perlukan duit. Maka dengan itu, sampailah cek RM100 dari Cadbury yang ditunggu-tunggu itew. Hubby (RM50) & saya (RM50). Hoo yeay! Bole beli iron + iron board + barang-barang lain (Ambi Pure, Ridset (saya takut lipas..arrrr), lampu suluh (kang blackout susah pulak).

Barang-barang lain setakat nie, korek2 dalam stor keluarkan balik hadiah kawen.
Sekian.Terima kasih…