Hi all..kali nie nak story pasal g Genting pulak. Setelah 2 kali menginap di Awana Kijal, Kemaman, kali nie berpeluang pulak nak menginap di Awana Genting Highlands (6-8 Ogos 2009). Actually minggu tue awal-awal lagi dah plan dengan darling dear nak celebrate our 1st wedding anniversary (3 Ogos 2009). Nak celebrate kat mane takde plan lagi. Pastu tak lama lepas tue pulak darling dear cakap EPIC nak buat family day kat Genting, minggu sama yang ktorg plan nak celebrate.
Mula-mula mcam tak jadi nak pergi atas sebab2 lain dan tertentu. Tapi last minute jadi pulak. Hmm yerla, penginapan ditaja, dapat elaun perjalanan, dapat free tix Skyway + Outdor Theme Park ditambah pulak hadiah2 cabutan bertuah yang seriusly memang gempak giler wa cakap sama lu! Ada LCD TV, peti sejuk, mesin basuh, aircond, – bukan sebiji due je tuh tapi berbijik2..perhhh..lagi.. ipod nano, handphone cap Sony Erricson, Iphone 3G, baucer percutian jangan cakapla..slr pun ada tuh. Lagi best baucer Habib Jewel beribu2 ringgit…alaihai menarik sungguh…Tue antara faktor yang menyebabkan ktorg mcm bertukar fikiran.
Hihihi…Pergi hari Khamis sbb darling dear kata dia ader keje nak kene buat..
Pada pendapatan saya bilik kat Awana Genting nie lagi best dari Kijal, tapi bilik air Kijal tetap da best!





Anta hadiah cabutan bertuah..darling dear dapat voucher rice cooker dari Sen Heng… (wakakakaka..bertuah sungguh anda dapat periuk nasi!). Periuk nasi hadiah kawen dulu dapat dah 2 bijik. Ni tambah lagi bijik yang ke-3. Nasib baik dapat voucher so end up tambah duit sket beli vacuum cleaner..maklumlah hadiah kawen takde yg sudi nak bg vacuum.

Suka sangat tshirt pink nie (Baju tema family day!), warna die santek, design pun santek! Hai saperlah designer nih…kuikui… Tgah borak aperlah tu dengan K.Wan

Berkilat muka b. Wakakak…tuela berpeluh2 lari..part cabutan bertuah je kene pergi kat stage. Diorang cabut secara digital. Dah tak main dah gaul2 dalam balang kaca!



Makanan kat Awana Genting nie memang best esp lunch kat Rajawali. Breakfast pun not bad la compared to First World Hotel, lagi haru! Awana Genting 100 kali lebih senonoh breakfastnye. Kat cini cuaca pun takla sesejuk kat First World sbb Awana tak berada di puncak Genting pun lagi. First World tue kalu malam2 mmg ketar! Awana ni dekat dengan Skyway.

Bagus betul Family Day diorang ni, siap lengkap dengan penginapan, dinner, ticket Skyway dan ticket outdoor theme park. Sakan betul masing2 berholiday!


lorr x jumpa azie pun hari tu. ingatkan x dtg. si azif x bgtau pun wife dia ada. hishh..
tak jumpe pon kat sima time skali ngn azie
Ha’ah tak jumpa yang lain2 pun. Jumpa Aisyah, Mas, Koi (yang dah penah jumpa sebelum ni). Yang baru jumpa and sempat borak2 dengan K.WAn jer la…
kita jumpa kat ikea je lah! hehe..