Hai all, nie nak cerita pasal Yellow Cab. Turun dari Genting Highlands last 2 weeks, singgah Ampang sebab terasa nak tengok muvi G.I.Joe kat Galaxi Ampang. Tapi sebelum tu kenala isi perut dulu. Nie kisah sebelum demam panas aritu yer..
Sampai Ampang perut nie terasa @ mengidam sangat2 nak makan kat Yellow Cab. Tak tau pun wujud tempat nie. Setelah membaca Fotopages Cik Wawa, barulah tau Yellow Cab ni wujud. Sementelahan tgok pizza nya yang sangat tempting itu, sehingga hampir meleleh air liurku ini. Sesiapa yang nak tgok silalah ke Fotopages Cik Wawa nie yer.

Menyilau-nyilau bike nie…

Yellow Cab di sini yer. Betul2 mengadap Ampang Putri Specialist Hospital

Suami terchenta tgah pilih2 nak makan ape..

Yeay, Pizza dah ciap! Laparnyerrr..

New York’s Finest 10”
Italian beef sausage, chicken ham, beef pepperoni, beef bacon, ground beef, black olives, mushrooms, onions, red&green bell peppers
Nyummm…nyum…sedap sungguh!
4 keping sorang. Percaya tak saya makan 4 keping pizza, habis!!!

2 ketul sorang Chicken Wing. Habis licin jugak saya makan, cian encik suami takde can nak “paw” saya punyer…hekhek…

Yello Cab takde set2 macam Pizza Hut yer. Semua ala carte. Hah pandai2la bawak diri, nak order yang mane….
Harga Pizza bermula dari RM19 – RM69.70. Ada 2 jenis iaitu Classic Pizza & Speciality Pizza. Ada 3 saiz iaitu 10″ , 14″, 18″.
Selamat mencuba!!!


sedapnya…
tiba2 teringin nak mkn…
huhuhu…sabar2 ye bby nnti kita gi makan..
Melor g la makan. Duk mane dah la ni? Dap tau. Jauhla beza dengan Pizza Hut. Kalo kite pun bole habis 4 keping…
dkrg melor masih duk di Melaka lagi, dulu hubby keja kat damansara tapi hari2 pun dia berulang dr damnsara ke melaka, tapi start bulan 7 ari tu, ada rezeki sikit dia naik pangkat dan dpt pindah kat muar ni, dekat sikitlah dengan melor.. so skrg nak gi KL pun dah mcm jauh sangat.. dan lebih letihnya skrg tgh layan mabuk untuk kali ke 2 hehehe
Melor dah masuk yg ke-2? Tahniah..tahniah…sonotnyer dier…take care k. Ramai betul yang husben ulangalik2 setiap minggu nie. Asben azie pun tgah usaha cari keje belah2 KL. Azie hanya mampu doakan cepat2lah die dapat keje belah KL ni..Harap2 aderlah rezeki nanti…
petang2 dekat nak buka pose ni bes jugak tengok gamba2 makanan nih