Lepas 3 hari terkena angin kus kus Genting Higlands saya deman panas giler. Masa sampai genting saya dah start demam. Apesal tah demam…mayb sbb rungsing banyak perkara kot. nasib baik hubby bwk Vitamin C. Pas bagi mkn vitamin C dgn basuhkan kepala dengan air shower yang suam2 kuku tu, pastu tido pulak berjam-jam lamanya (hubby turun bawah kene buat kerja utk family day), barulah okey sket. Demam pun hilang.
Tapi smpai je kat rumah, lepas hubby balik ke Kemaman balik, demam kembali menyerang. Cewahhh…Mula start dengan batuk dulu. Pastu barulah demam. Badan terasa panas giler. Rasanya kalau masak telur kat atas perut boleh kot jadi telur separuh masak (nak menunjukkan bertapa panasnya). Mata mcm bebola api, hidung pun ala2 tersumbat, sesak nafas gitu. Dalam kepala mula terfikir, haih janganla aku kene HINI. Mintaklah dijauhkan. Isnin pagi badan makin panas giler, kepala berdenyut2…g la hospital bahagian kecemasan. Luper pulak kecemasan Sabtu & Ahd je dgn malam. Kenela pergi klinik Rasah. Sampai je kat sane, mak tuan….ramai giler manusia2 yang sakit! Sana demam, sini batuk..macam2 hal..ader yang bertopeng, ader yang tak. Ambil angka giliran. Saya no 2321, no sekarang: 2139. Mak datuk berjam lagi nak tunggu. Tue baru step pertama. Banyak step lagi.
Sudahnyer, sbb tak tahan nak tunggu, seat pun takde, saya balik jerla pergi Poliklinik. Poliklinik pun lame gak menunggu. Ramai betul orang sakit. Dr cakap suhu saya tinggi jugak 38C. Kalu demam lagi sampai hari Khamis, kenela g hospital utk check darah. Dapat antibiotik, ubat demam, vitamin c. kene charge RM20. Nasib baik saya cakap ubat batuk dah ade kat umah. Kalo tambah ubat batuk mau cecah RM30 kot. Balik makan ubat, tido. Petang mcm dah kurang sket panas. Malam tue badan saya panas semula macam asal, pening kepala berdenyut2, susah nak bernafas, nafas pun panas, mata pun panas, badan menggigil-gigil sejuk (tue dah pakai sweater, dah selimut dan tak bukak kipas), tapi sejuk giler mcm duk kat kutub utara. nak tido pun takleh…sepanjang mlm duk berdoa je, janganlah kene penyakit yang ditakuti ni. Takut betul saya. Tak sedar pun pukul berapa tertido.
Pagi ni suhu badan dah turun sket, tapi masih demam, pas makan ubat tido lagi. Petang nie pun masih demam…cepatlah sembuh azie oiiiii!!!! You can do it!! Saya xnak g spitak check darah! Takut!!!
p/s: sempat update blog demam2 nie…saya nak tido balik dah nie..chiow…


haiyoh, risau nye. alhamdulillah da ok sket tu. rajin2 makan ubat yea. insya Allah sembuh nanti
get well soon…minum air masak banyak2
siannya..get well soon…take care ek..
zie, take care.
semoga cepat sembuh! Aaamin…
thanx korang! Atas doa korang tu, saya dah sembuh. Alhamdulillah…yeayyyy!!!!