Last weken, hubby ada lama kt rumah, from Wednesday until Saturday. But then percaya tak yang ktorg tak g mana2 pun. Just lepak kat rumah, watching movie and keluar hanya utk tgok Transformers 2 je. Reason: Cost optimization, hahahhaha..sbb bulan Julai start Megasale!!! SO kene simpan duit utk Megasale!! Hooo yeah!Lupakan Megasale, nak share last week nye story…
Ibu, tgokla…ibu takde, ktorg tak lalu nak mamam! Nie lauk utk hari Jumaat!

Ada asam pedas sket, kangkung goreng sket dgn ikan salmon yang dibakar. Rempah reka sendiri. Hahahha…actually rempah tu seswai utk ibu2 bersalin sbb ada letak kunyit, halia, lada itam. Tapi saya + cili api bg hot&spicy utk dicicah dgn sos lada hitam. Hubby cakap sedap! Hahaha…
Lepas lunch layan muvie Slumdog Millionaire. Walla weh..muvie nie walaupun Bollywood tapi best! Percaya tak, saya mmg anti dgn Bollywood nie. Haih, mmg tak layanla..tak suka. Tapi Slumdog Millionaire mmg SUPERB! (itupun setelah hubby beriya2 ajak menonton bersama!) . 20 minit pertama, mulut nie tak berenti duk tanya itu ini kat hubby plus mengutuk2 muvi nie sampai hubby pun naik pening! Hahaha…pastu okeyla senyap je..layanNnnnn…best pulak…No wonder menang besar di OSCAR. [Slumdog Millonaire won 4 Golden Globe 2009 awards. The awards were for best screenplay, best director ( Danny Boyle), best musical score (A.R.Rahman) and for best picture] . Jaihooooo! LayaaNNnnnn…

Cast: Dev Patel, Freida Pinto, Irfan Khan.
Directors: Danny Boyle, with Loveleen Tandan.
Running time: 1 hour, 58 minutes.
Ceritanya mengisahkan Jamal seorang anak yatim yang miskin memasuki pertandingan Who Wants to Be a Millionaire? versi India. Ajaibnya dia mampu menjawab kesemua soalan yang tidak mampu dijawab oleh golongan profesional. Jamal seorang doctor? bukan! …seorang peguam? juga bukan..(cewahhhhh ayat…) .malah bukannya seorang yang berpendidikan, tetapi hanya “chai wallah” yang bertugas sebagai pembuat teh di complaint call center. Jadi teramatlah mustahil die boleh menjawab kesemua soalan2 genius tu kan! Tak habis lagi pertandingan tu, dia ditangkap polis dan dituduh menipu! Masa dalam tahanan tuela die ceritakan macam mana dia tahu semua jawapan2 bagi setiap soalan tersebut . Diceritakan dalam bentuk flashback. Rupa-rupanya soalan2 tue banyak kaitan dalam hidupnya. No wonder dia dapat jawab kan sbb semua soalan berdasarkan pengalaman die sendiri! Dalam muvie nie korang boleh tgok real life slum2 kat Mumbai plus bertapa kotornya Mumbai…plus saya betul2 tersentuh tgok muvie ni, penuh emosi. Korang tryla tgok mesti suka. Rasanya niela muvie bollywood pertama yang takde nyanyi2..last2 sekali je baru ader nyanyi2 kat stesen keretapi. Lagu Jaihoooo!! Best pulak lagu tuuu..4* out of 5.
Lepas layan Jaihoooo…perut pun mula berkeroncong lagu asli, aper lagi..ktorg pun start engine g Pasar Jumaat kat Ampangan. B4 tue ader cakap dgn hubby, mengidam sesangat nak makan Rojak Kuala Pilah sorang pakcik nie. Alih2 sampai jer pasar nampak pakcik tue tgah setting2 meja. Aper lagi berseri2la muka sbb dapat ape yg diidamkan. Dari kecik lagi makan mee rojak pakcik nie. Dah berbelas tahun agaknyer. Sekarang nie pakcik tu dah tua pun, anak dia pun dah besar! Ktorg 1st customer tu, lepas tue berduyun pelanggan setia pakcik nie datang mengorder. Hehehhee…Niela rojaknyer!

Sekarang, rojak nie beharga RM3 sebungkus tapi banyak!

Comotla b nieh!

Tengokla.. licin beb! Hubby terkejut tgok licin, sbb dia tinggalkan kuah, tapi dgn kuah-kuah sekali saya tolon perlicinkan! Burrrrppp! Alhamdulillah..kenyang!

Tak cukup dgn mee rojak, layan pulak popia pedas dgn popia basah! Rm0.50 seketul. Gemuk dan gebu okey!

Inti dia mmg padat giler dgn sayur mayur! Sedap sesangat! Sebelum nie asik jumpa popia kurus je. Yang nie mmg gemok. Kenyang!

Haiiihh…pastu layan pulak buah Manggis! RM4 – 2 kg. Perhhhhh manis giler buah ni! Tengoklah isi die putih melepak-lepak! Lama betul tak makan buah2han tempatan. Pagi tu dah pergi Tesco beli rambutan dgn buat mata kucing – RM3 sekilo!
Burrrrrrrrp! Alhamdulillah…dua-dua tersadai kekenyangan! Hihihi…
Malam tu cherry de berry (cirit- birit!). Sukanya.. sbb misi terlaksana! Misi: nak buang semua keladak2 yang dah 3 hari dalam perut. Enzim2 buah mmg menakjubkan!


banyak makan…x gemuk..ok lah…
aku menten je. hubby lak yg naik. naik sekilo. dia asik timbang berat je. Penimbang tue dah mcm besfren die da…hehehehhe
bih tu kalo tak makan nanti membazir
alar b, ngaku jerla yang kita kuat makan. Hihihi..asik lapar je esp me…:p