hahH! hari nie Khamis! darling dear balik. yeay!rasa lame betul tak dgar suara die..rasa lame betul tak jupe die..rasa lame betul tak bergurau senda dgn die..tapi bila difikir-fikir balik baru je jupe die selasa lepas. hek eli! baru lagi! tapi rasa macam da lame. gedik betul la azie nih…
pagi nie tgah tunggu panggilan penting yang bakal menentukan adakah aku menang dalam peperangan ni or kecundang di tgah jalan. setelah seminggu berpenat lelah, berhempas pulas membanting tulang empat kerat ini, adakah aku tertewas??? hmm sementara tunggu call tu, nak hilangkan debar lah tu kononyer…sempatla basuh2 kain, kemas2 bilik yg da mula wujud sarang labah-labah. cehhh! baru balik kg 4 hari, labah2 da uat sarang. hmmm niela susah kalo rumah tepi kilang, sangat merimaskan. rumah cepat berhabuk! itu dah tanam pokok-pokok hijau keliling rumah. kalo tade pokok, tak taula cane..
dapat jer call, aper lagi terus memecutla naik kenderaan rasmi, si nawi yang banyak berjasa. dah lama naik si nawi ni. berapa lame yer. sejak tahun 2 lagi kot. da masuk tahun kelima da. hmmm, lame dah tu. nawi, nasib ko skrg ni di tangan tuan besar. kalo tuan besar dapat no baru, maka kekal ko menjadi si nawi. jika tidak, terpaksalah nama ko dipindah ke tempat lain. kerana namamu begitu cantik, sesuai di letakkan di tempat yg lebih cantik. tapi lambat lagi kot. be prepared yer nawi. aper pulak bebel hal nawi ni. back to cerita asal.
setelah jupe si pemanggil, alhamdulillah, perkara yang ditakuti tidak terjadi. semua terkawal. org kata, bisa diaturlah! so hari nie, dengan perasaan yang sangat seronok, g isi-isi borang, mintak cop sane-sini dan lastly g bendahari bayar RM750. yeay! yeay! sukanya…..sukanya… saat-saat genting da berlalu pergi. tapi…..
tapi belom lagi bole celebrate. ishhh sabo azie..sabo..ader banyak lagi nak buat tu…so sila fokus!

