isnin lepas ibu teringin nak pergi hajaba. owner hajaba pn. mona din, yang ada rangkaian produk kesihatan sendiri iaitu leesa formula. hajaba banyak cawangan but then ktorg pergi kat bangi je. sbb dekat. saje nak survey dan jalan2. sampai je hajaba bangi, tenang je kedainya. takde orang pun. tak macam ariani. penuh semacam je tak kira masa. hajaba kt bangi nie mayb baru dibuka. antara barangan yang dijual; telekung bersulam yang bewarna, baju kurung kain chiffon, jubah2 muslimah, blouse2 yang cantik2, selendang dan tudung. tudung yang mcam ariani ader tapi tak banyak. so pilihan terhad. selendang ada tapi juga tak banyak. yang ada tak berkenan di hati. so here are the photos!!

tingkat atas hajaba. banyak betul blouse kat cini. tapi semua big size. i think tak seswai sangat for me. harganya mak datuk mahal jugak. more than rm100.

nie je selendang yg ader. hmmm i tak minat sangat warna and design ni..

antara baju yg agak menarik. tapi tak praktikal untuk g shopping :p hahaha tangan kembang2. mcm susah jer. utk pergi high tea mmg cantik!

i pon try jugak baju!! tapi tak seswaii..if u all noticed, ader 2 baju yg i try; black and pastel green. both are printed blouse. yg black okey tapi agak besar walaupun s size. kene pakai belt utk nmpak vouge. yg green tu kain licin. pelik pulak rasenyer. last2 syok sendiri amek gamba dalam fitting room

another gediksss photos.. :p yeahh i know mesti ader yang nak muntah hijau tgok gamba nieh…i’m so sorry..hahahah…

nie je warna yang ada!

abah yang sangat sporting yang suka ikut girls shopping. pengkritik yang hebat jugak nie….
end up pulang dengan tade hasil… darling dear dgn i terus ke alamanda for window shop. while ibu, abah and sistas terus ke ariani. di Jalan Tar, depan Jackel. tak puas hati la sbb tak dapat beli tudung kat hajaba
hahahahahha…
p/s: darling dear yg jadi photographer…

azie,.. nk tanya..butik ariani tu kat alamanda ke? kt tingakt mana eh?
anne, mane ariani kat alamanda
ariani the one and the only kat Jalan tar tue je. ktorg separate destinasi… :p
hai…aku pun dah p ke hajaba…x da yg berkenan sgt pun…the best still ariani…but then last week aku ada try butik Sri Munawwarah, selesa cuma x stylo mcm ariani. So, for me ariani and sri munawwarah paling sesuai…
err..ana..kt mana butik sri munawwarah tu?
ehem…eida dah pegi pun butik ariani, biasa ajer. Niat nak beli tudung terpaksa di simpul mati sebab tinggi dan tak mampu menutupi kepala kerana hampir ada yang mencecah ratus ringgit. Tak apalah situ tempat orang yang mampu ajer. Eida hanya mampu mencuba-cuba ajer.
Di hajaba belum pernah masuk cuma lalu-lalang ajer. Tapi yang eida tahu hajaba ni ada model-model yang kerap buat show di merata tempat. Bukan apa eida kenal beberapa orang model hajaba ni.
anne: Butik Sri Munawwarah tue dekat Taman Tun Dr Ismail kalau tak silap….
Eida : hehhee..lain orang lain pendapat kan. Tapi tak dinafikan tudung ariani tu terlalu mahal…beli kain buat sendiri lagi senang. Tapi kite tak pndai jahit. Mesin jahit pun tak penah gune :p, masa kelas Kemahiran Hidup dulu-dulu upah org je menjahit. Dapat A. Huhuhu…
tumpang tanya,butik ariani ni dekat mana?boleh saya dapatkan address dan telefon number…terima kasih
tumpang tnye..
butik hajaba kt wangsa mju kt ne ek?
bo bg full almt x?
plz…..
anna: Butik ariani kat Jalan Tar. Dekat dengan Semua House. Betul-betul depan Jackel. Tak pasti pulak address dgn no fon.
ziela: Butik Hajaba kat Wangsa Maju tak penah pulak pergi. Yg saya pergi kat Bangi. Nie yg sama copy dr website Hajaba:
HAJABA (SHAH ALAM)
No.15 Jalan Boling Padang G13/G, 40100 Shah Alam, Selangor (Berdekatan Tesco X’tra) Tel : 03-5511 6904
HAJABA (SETIAWANGSA)
Block B-13, Setiawangsa Business Suite, 54200 Kuala Lumpur (Berdekatan Giant). Tel : 03-4252 0823
HAJABA BANGSAR CLOTHING, 1F-1C
First Floor, Bangsar village 2, No.2 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. Tel : 03-2287 5736
HAJABA SP CLOTHING ENTERPRISE
No.9 Jalan Lagenda 2, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Tel : 04-4223 431
HAJABA (JOHOR BAHRU)
Lot L3.10, Bangunan Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, Jalan Skudai, 81200 Johor Bahru. Tel : 07-2355 329
HAJABA BANGI CLOTHING ENTERPRISE
No.D27 (Ground Floor) & D27-1 (First Floor), Jalan Medan PB 3A, Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor.
Hopefully membantu
dulu sy pernah cuba tdung mnwrh…. ok… selesa. but now slps diperkenalkan dgn tdung dezahra, sy rasa in quality and price, dezahra is the better choice. lagipun dezahra punya banyak pilihan…. plain ada n yg corak pun byk…. yg batu2 pun ada. harga boleh tahan tp lebih murah compared to mnwrh…. tp ariani sy x penah cuba…
Sala Maizan since u dah pernah try dezahra nak tanye u pakai sz apa? dezahranye tudung ni sznye memang ngam2 ke atau still kena try kot2 ade yg ketat n longgar even saiznye same. I teringin gak nak try tapi takut beli online tiba2 ketat tak leh tukar melayang duitku dahlah mahal gak.
tq
maizan : tudung dezahra..?wah mcam keluaran sekarang nie.. ariani, hajaba, dezahra, fara, ratu, habsyi..tah ape-ape tah lagi….kat mane nak dapatkan tudung dezahra ni?
suhana: i pun nak try jugak tudung dezahra nie..baru plan nak g ariani this friday..
askum…
butik ariani yg bru kat bndr baru bangi tu kat area mane???
ade alamat x??
salam.
nadia, ariani ader kat bangi ke? Eh tak tau pong! Biar betul..kalo ader bagus gak, dekat sket dgn Seremban.
salam,
butik ariani yg kat bangi tu kt seksyen 8, berhadapan dgn masjid warna hijau.jalan nak gi warta.ala,dekat area pusat perubatan islam an nur tu.tapi jalan ke depan sket. tp sy tak pernah beli tudung ariani.mahal. sy peminat setia hajaba.skrg ni design dia cantik2..nak2 yg bercorak..dezahra pun ok jgk..
ohhh imanqaisara…thanx for the info! Lepas nie g bangi ajerla..xperlu nak susah payah sampai ke Jalan Tar!..tenkiu so muchhhhhhhh!
u’re welcome
alamak ariani ada yang dekat rupenye (berpeluh)
HAHAHA…bersedialah suamiku….:p
Saya dah try ariani, sekarang ada 3 kedai dijln TAR. Memang ok sangat tapi harganya mahal sungguh. Tudung di Hajaba lebih stylish, ada fesyen butang di belakang, harga kurang sikit dari ariani, selesa dan mudah sama macam ariani jugak. Saya nak try gi kedai di bangsar, dengarnya lebih banyak choice. Ada satu lagi fesyen, Zoya – lamara butik dari Indonesia. Lebih murah, dan boleh pilih nak yang pendek atau labuh menutup dada.
zila: waaaahhhhwahhhhwahhhh! dah ader 3 kedai kt Jalan TAR!! Hmmm cepat betul Ariani berkembang biak yer…ish ish mcam2 nama dah sekarang, Ariani, Hajaba, Dezahra, Zoya pulak..hihi..Hajaba saya tak penah try lagi, mesti Hajaba dah banyak new collection kan? Dulu masa saya pergi tak banyak choice.Neway…kat mane Zoya tu?
butik de-zahra dekat mutiara damansara jalan PJU7/7A..cantik2 gak design dia..tapi tak banyak sgt choice compared to ariani…hari tuh g borong sampai 5 pasang..hehehe
butik hajaba hari tuh pernah gak g..tapi time tuh g tudung bercorak dah takder stock..byk tudung plain je..so tak beli pun sbb mmg nak cari tudung corak..
g butik ariani…wow..byk sgt pilihan..rambang mata..sampai tak reti nak pilih plaks..peningg kepada dibuatnya..dgn ramai sgt customer..rimasss!!
hai azura,
dezahra sangat jauh dr seremban. jadi tak terpergila..kalo jalan2 g the curve bolehla kot try cari
butik ariani mmg terbaikla so far sbb sangat banyak pilihan. Lama sangat dah tak pergi Ariani. Azura pergi yg mana? Jalan Tar?
Aku saja je nak promosi tentang telekung kedah.layari je web tu, http://www.al-husni.com.my. telekung kedah terkini.
Butik ARIANI dah ada di Seremban belakang Jusco. Satu row dgn kedai Jackel.(BUTIK MAWADDAH)
hai lynn,
Yup, saya dah singgah kelmarin dulu jenguk. Tapi sayangnya takde sale. Kurang RM5 pun xleh. Kene beli RM200 baru dpt diskaun RM5%. Saya g Ariani Bandar Baru Bangi semalam, wahhhh sale!sale! Tudung yang bercorak2 RM115 kat Seremban tu, jadi RM97. Tudung2 yang tak bercorak pulak harga dalam RM60. Kebetulan dari Damansara, tu bole singgah. Ohhh sale sampai 16hb. Service kat Bangi tu pun bagus sangat2. Mesra pelanggan! Pilihan pun banyak sangat! Rambang mata…..
satu lg utik ariani kat kota damansara, dkt ngan the curve..
butik ariani kt sg.petani kt mne?
ariani ada kat kota damansara..dah 5 bulan beroperasi kat ctu..kat dataran sunway kota damansara(dekat ngan giant)
Salam…saya teringin nak beli jubah kt Hajaba tapi saya seganlah…bila saya lalu kt depan BUTIK nye saya hanya curi2 pandang je…hati tu selalu bercakap….kekadang intai2 kt luar je…buatlah promosi supaya pelanggan tak malu….